Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengawas pusat sumber yang baru dilantik tentang cara-cara memproses buku dengan betul disamping memberi pendedahan tentang sistem perpuluhan dewey dan mukasurat verso.
AKTIVITI PSS 2011
PROGRAM KEMBARA ILMU (24/10/09)
Program ini adalah anjuran pusat sumber sekolah yang mana disertai oleh pengawas pusat sumber tingkatan 5 dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring merangkap guru pusat sumber.Berikut merupakan peta lokasi tempat yang dilawati. Objektif program ini adalah seperti berikut:
1. Membuat bench marking untuk diterapkan dan diguna pakai di PSS jika bersesuaian.
2. Berkongsi idea dan mempelajari kaedah pengurusan, penyusunan buku, pameran dan pelaksaan aktiviti di Kampung Buku.
3. Memberi peluang kepada Pengawas PSS untuk melawat ke suatu tempat yang berfaedah khasnya dalam memberikan maklumat dan informasi terkini seta menambah ilmu pengetahuan mereka.
4. Menghargai jasa dan sumbangan Pengawas PSS Sesi 2008/2009. 5. Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga SMTKK khasnya di kalangan Guru dan Pengawas PSS.
1. Membuat bench marking untuk diterapkan dan diguna pakai di PSS jika bersesuaian.
2. Berkongsi idea dan mempelajari kaedah pengurusan, penyusunan buku, pameran dan pelaksaan aktiviti di Kampung Buku.
3. Memberi peluang kepada Pengawas PSS untuk melawat ke suatu tempat yang berfaedah khasnya dalam memberikan maklumat dan informasi terkini seta menambah ilmu pengetahuan mereka.
4. Menghargai jasa dan sumbangan Pengawas PSS Sesi 2008/2009.
Penggredan PSS Peringkat Negeri ( 9/10/09)
Wakil Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan telah datang ke Pusat Sumber SMTKK untuk Penggredan PSS. Selain SMTKK semua sekolah di dalam Negeri Sembilan juga akan menerima kunjungan BTPNNS dari 3 - 21 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMTKK telah membuat persiapan dan persediaan untuk proses penggredan tersebut.
MINGGU PUSAT SUMBER (12/7/09-12/8/09)
Program ini telah dilaksanakan pada 29 Julai – 12 Ogos 2009. Majlis Perasmian Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hidayat bin Yahaya (Penolong Kanan Hah Ehwal Murid SMTKK) yang mewakili Pengetua SMTKK. Pelbagai aktiviti telah djalankan sepanjang program ini berlangsung. Objektif program ini adalah untuk mendekatkan diri pelajar kepada aktiviti keilmuan disamping menjadikan buku sebagai teman rapat. Matlamat akhir program ini adalah untuk menghindari pelajar daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah melalui penganjuran program ini. Berikut merupakan senarai aktiviti yang dianjurkan sepanjang program ini :
a) Jejak maklumat
b) Spell It Right
c) Master Malaysia
d) Pameran dan Kuiz
e) Ceramah Kesihatan
f) Drama sinopsis buku
g) Berbalas Pantun
h) Majlis Penutup dan Pelancaran Blog (Montaj ada diatas)
a) Jejak maklumat
b) Spell It Right
c) Master Malaysia
d) Pameran dan Kuiz
e) Ceramah Kesihatan
f) Drama sinopsis buku
g) Berbalas Pantun
h) Majlis Penutup dan Pelancaran Blog (Montaj ada diatas)
LAWATAN PESTA BUKU ANTARABANGSA (18/4/09)
Lawatan ini telah diadakan pada 18/4/09 dan lokasi adalah di PWTC Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa 2009. Sasaran lawatan ini adalah kepada semua Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 dengan diiringi oleh 6 orang guru. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk membuka minda dikalangan pelajar dan warga SMTKK supaya menjadikan buku dan amalan membaca sebagai suatu hobi yang berterusan. Disamping itu juga lawatan ini sebenarnya memberi peluang kepada Pengawas PSS untuk melawat suatu tempat yang berfaedah khasnya dalam memberikan maklumat dan informasi terkini serta menambah ilmu pengetahuan mereka.Tidak lupa juga melalui lawatan ini sebenarnya PSS ingin menambah koleksi bahan bacaan di perpustakaan atas pilihan guru dan pelajar mengikut kepada keperluan masing-masing.
KURSUS EDU WEBTV ( 3/4/09)
Kursus ini telah diadakan pada 3 April 2009 bertempat di Makmal Sains SMTKK. Sasaran kursus ini adalah kepada semua guru SMT Kuala Klawang. Penceramah bagi kursus ini ialah Guru Perpustakaan dan Media sendiri dan dibantu oleh guru perpustakaan untuk aspek teknikal sepanjang kursus ini diadakan. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru tentang definisi , matlamat penggunaan EDUWEBTV, saluran dan jenis pengguna EDUWEBTV dan panduan penggunaan Portal EDUWEBTV.
Subscribe to:
Posts (Atom)