SELAMAT DATANG KE BLOG AKTIVTI PSS 2011

AKTIVITI PSS 2011

LAWATAN PESTA BUKU ANTARABANGSA (18/4/09)


Lawatan ini telah diadakan pada 18/4/09 dan lokasi adalah di PWTC Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa 2009. Sasaran lawatan ini adalah kepada semua Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 dengan diiringi oleh 6 orang guru. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk membuka minda dikalangan pelajar dan warga SMTKK supaya menjadikan buku dan amalan membaca sebagai suatu hobi yang berterusan. Disamping itu juga lawatan ini sebenarnya memberi peluang kepada Pengawas PSS untuk melawat suatu tempat yang berfaedah khasnya dalam memberikan maklumat dan informasi terkini serta menambah ilmu pengetahuan mereka.Tidak lupa juga melalui lawatan ini sebenarnya PSS ingin menambah koleksi bahan bacaan di perpustakaan atas pilihan guru dan pelajar mengikut kepada keperluan masing-masing.